Khamis, 8 November 2018

Al-Baqarah Ayat 264

3.2.264
Juz:3,Surah:2.

Surah 2, Ayat 264:

Ringkasan tafsir;
Setelah Allah menerangkan ayat-ayat terdahulu (245, 262, 263), maka Allah mengingatkan kepada mukmin supaya jangan sia-siakaan sedekah itu hilang begitu sahaja sehingga menjadi kerugian besar baginya kerana membangkitkan dengan terang-terang dan menyakiti kepada penerima sedekah.
Ada beberapa pendapat tentang pahala bersedekah;
1. Jika membelanjakan hartanya itu dan membangkit-bangkit sedekah itu, maka tiada dapat pahala malah mendapat dosa.
2. Jika membelanjakan hartanya itu dan membangkit sedekah itu, maka akan hilang pahala dan tidak berdosa.
3. Jika membelanjakan hartanya itu dan membangkit sedekah itu, tetap mendapat pahala tapi tidak mendapat pahala yang berganda-ganda dan tertanggunglah dosa kerana membangkitkan umpatan.
4. Jika membelanjakan hartanya itu penuh dengan riak (dengan memukul canang sekeliling kampung bagi menunjuk-nunjuk dan bermuka-muka mengharapkan pujian dan balasan), maka tidak mendapat pahala malah dikatogerikan sebagai berdosa (syirik kecil).

(....... lihat ayat 271 tentang sedekah terangan dan sembunyi
).
 .
 .
[previous] [next] [home] 

.
RUJUKAN SUMBER;

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan,
261~270,
 [GS] https://sites.google.com/site/45galas/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     



Al-Baqarah Ayat 263

3.2.263
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 263:
.
.
Ringkasan tafsir;
Bersambung dari ayat diatas (262).

Hendaklah memberi jawapan dan layaanan yang baik kepada peminta-peminta dan memberi kemafaan kepada mereka terhadap tingkah laku peminta yang meminta bertalu-talu, perkatan yang baik-baik yang keluar dari mulut pemberi itu merupakan perkerti yang baik bagi seorang mukmin, ini adalah lebih baik daripada memberi berserta mengumpat dan menyakiti kepada penerima sedekah itu. Sesungguhnya Allah akan segerakan seksa terhadap si pengumpat itu.


[previous] [next] [home]


RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah
Terjemahan, 261~270,
 [GS] https://sites.google.com/site/45galas/3/1
Ulasan surah 2;
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr